Bu·Da·Ya

Bu·Da·Ya

Troli haram itu masih dekat situ! Hari sebelum tu, Hisham membeli-belah di komplek hipermarket itu, dia nampak seorang makcik pakai troli itu dengan meletakkan anjing di atas.

“Makcik bodoh tu tak faham ke budaya Malaysia?” Hisham mengadu kepada pihak berkenaan. Dia bermaki di depan pekerja kaunter pertanyaan itu sambil ugut nak lapor kepada Jakim. Sebelum balik, Hisham menandakan troli tersebut dengan menggunakan kain buruk merah ambil dari bakul motorsikalnya, dia mengikat satu ikatan pada pemegang troli tu.

Sekarang ni dia nampak troli haram itu di sana, betapa bengangnya boleh difikirkan. Hipermarket francais antarabangsa itu mungkin pemiliknya tu orang yahudi, sengaja menentang orang melayu!

Troli itu pembawa kotor, pembawa kuman, pembawa haram!

繼續閱讀