Bu·Da·Ya

Bu·Da·Ya

Troli haram itu masih dekat situ! Hari sebelum tu, Hisham membeli-belah di komplek hipermarket itu, dia nampak seorang makcik pakai troli itu dengan meletakkan anjing di atas.

“Makcik bodoh tu tak faham ke budaya Malaysia?” Hisham mengadu kepada pihak berkenaan. Dia bermaki di depan pekerja kaunter pertanyaan itu sambil ugut nak lapor kepada Jakim. Sebelum balik, Hisham menandakan troli tersebut dengan menggunakan kain buruk merah ambil dari bakul motorsikalnya, dia mengikat satu ikatan pada pemegang troli tu.

Sekarang ni dia nampak troli haram itu di sana, betapa bengangnya boleh difikirkan. Hipermarket francais antarabangsa itu mungkin pemiliknya tu orang yahudi, sengaja menentang orang melayu!

Troli itu pembawa kotor, pembawa kuman, pembawa haram!

Hisham itu berpelajaran tinggi sebenarnya, selain bertugas dalam jabatan pendidikan, dia bekerja sambilan sebagai pakar translasi. Perkara troli ini mengungkilkan satu kisah dua hari sebelum itu.

“Itu saya tak boleh bantu, dalam teks tu ada istilah Pig. Itu haram."

“Dahlah Pokemon tu haram, takkan semua haiwan juga haram, tak boleh disebut atau ditranslasi." kata editornya, Makcik Siew.

“Itu memang haram, usah terbitkan karya yang menyebut-sebutkan haiwan haram tu,” muka Hisham mula bertukar merah, “Pokemon tu bukan budaya kitalah! Ciptaan barat tu memudaratkan pemikiran pemuda-pemuda kita. Hilang jati diri nanti!"

“Jadi, hang duduk dekat gua, jangan pakai lampu, lampu dan elektrik tu orang Israel tu cipta punya la!"

“Aku benci orang yahudi juga, tapi sekurang-kurangnya diaorang tak makan babi juga."

Troli haram berikatan kain merah tu masih terlayang-layang dalam pemikirannya semasa membeli-belah di Kedai Satu Malaysia. Alat pembawa itu bersebelahan dan bersentuhan dengan makanan dan barangan kita. Aku patut beritahu pemberita agar orang lain selamat daripada tercemar! Hisham mula berasa barangan dan makanan dalam hipermarket tu mungkin banyak tak halal juga, kononnya troli haram pun tak dapat dikawal.

“Patut haramkan semua perkataan babi dan semua anjing di negara ini," dia semakin fikir semakin marah.

“Itu bukan budaya kita! Budaya kami tak sedemikian!" Hisham berpandang ke arah editor cina tu, “Gambar itu menjolok mata!"

“Apa yang hang bingung sangat?" Pak Samad nampak dia selepas beribadat.

“Itu gambar facebook Muhammad Ali berdiri sambil memeluk dua orang pramugari MAS berpakaian kebaya, itu bukan budaya kita."

“Nenek kita tak sebodoh macam kita dipengaruhi dan diancami oleh budaya-budaya lain, yang bodoh tu kitalah." Hisham mengadu kepada Pak Samad yang baru bersara dari jawatan guru besar dua minggu lepas.

“Janganlah kecewa sangat, nenek hang mungkin tak setuju dengan hang pula. Budaya zaman nenekmu dan mak saya pada zaman itu, budaya melayu dan budaya barat. Masa itu banyak pemimpin berpakaian sarung kebaya yang bermoden dan seksi lagi," Pak Samad bergurau sambil menenangkan Hisham.

“Semasa saya mengajar murid-murid sepanjang kerjaya saya, satu perkara yang aku belajari,"Pak Samad berkata, “berbahasa."

“Aku banyak belajar daripada murid-murid," Pak Samad berpandang ke arah Hisham, “Tahukah anda, macam mana ayat “Budaya" itu berbunyi dalam bahasa mandarin?"

“Usah nak tahu, itu bukan bahasa kita, bukanlah budaya kita."

“Bu-Da-Ya—— dalam bunyi mandarin, bermaksud….." Pak Samad menulis dengan tulisan senget yang tidak dapat difahami Hisham.“Pergilah tanya editor atau kawan hang, tulisan ini bermaksud apa.”

Bu·Da·Ya —————— 不·打·压

Besar kemungkinannya Hisham tidak akan memahami selama-lamanya, tulisan tu membawa makna “tak tindas” .

 

 

13.8.2016 by grey.

 

x x x x x

 

 

注:國語溝通和寫作,於我是一種國族認同和自豪(我完全不贊同任何一種語言至上的狹隘觀)。這篇文8月中旬所寫,寫在“熱狗”爭議之前,乃為文化團體Pusaka的Kisah徵稿隨筆,投函即收到回郵確認,10月尾沒採用亦電郵通知,態度專業。志在參與,除了讓逐漸生疏的國語寫作練習(慣性語病和筆誤連連),也力圖挑戰某種既定思維。構思源自年前臉書上多次與友族網友文明對話議題辯論及反思而激發,寫作時考慮的是,意念適合哪種內容,對象群為誰最適切,何種語言創作,哪一個藝術體裁訴諸最適合?

這篇國語微型乃當初倉促改寫,Bu·da·ya語義其實最初構思於另一篇隨筆未完成的類似Dystopian短篇作品(暫名:不打壓的故事文檔記錄Sunday, ‎March ‎10, ‎2013, ‏‎9:15:31 PM),未來可能改寫或換作其他藝術體裁。

 

2 則迴響於《Bu·Da·Ya

    • 馬來文還好,身邊不缺各族朋友,我華小和國民型華校出身,那年代數理課文不缺馬來文,雖然考試不怎麼樣(反正我又無意像某些考試機器那樣功利),反而日常卻常用馬來文甚於英文,寫班頓押韻對我而言算是易事一樁,自認是極少數可以用馬來文及巴殺俚語道地口音辯駁寫詩句的華校生,許多馬來朋友對此都蠻訝異(儘管從來不曾是那些好勝的辯論員)….

      大馬人若讀不懂馬來文,我覺得是相當不可思議的事情。但不幸的是,馬來網友部分說得對,新生代確實還是有許多不諳乃至不屑馬來語的華教至上主義者……

發表迴響

你的電子郵件位址並不會被公開。

你可以使用這些 HTML 標籤與屬性: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

你的瀏覽器必須開啟 javascript 以進行驗證動作!